Tahu dah tak lama, suami rakam video sepanjang di hospital untuk tatapan isteri sebelum ajal

Ajal menyapa tidak memandang usia seseorang, malah ramai juga anak muda di luar sana yang sudah pergi dijemput Ilahi disebabkan sakit atau secara mengejut.

Sedih memang sedih, namun sebagai manusia kita tidak boleh lari dengan sesuatu yang Allah tetapkan untuk tiap hambanya.

Rakaman akhir suami buat isteri

Berdepan nasib sama, dia yang menggunakan nama ermida safriani ada memuat naik sebuah video pendek di laman Tiktok.

Dalam hantaran itu menyaksikan rakaman yang diambil dari telefon bimbit suaminya sebelum meninggal dunia akibat Covid-19.

Peritnya sebuah kehilangan

Dia tidak menyangka perjuangan suaminya akan berakhir di situ membuatkan dia tidak mampu meluahkan apa-apa melainkan merasakan peritnya sebuah kehilangan.

Lebih menyentuh hati, suaminya sempat merakam semua 'moment' sepanjang arwah berada di hospital, termasuklah kadar bacaan nadi serta oksigen ketika mendapatkan rawatan.

Barangkali sebagai tatapan isterinya selepas pemergiannya.

"Jantung saya berdebar"

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing meluahkan rasa sebak melihat perkongsian wanita itu dan berharap agar dia sabar dan kuat untuk meneruskan kehidupan.

"Tabah ya puan"

"Moga khusnul khotimah"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen