Dah 9 tahun 'pergi', lelaki masih simpan gambar arwah tunang dalam dompet

Oleh: Zuzu Yasmine

Merindu seseorang yang telah pergi pastinya sesuatu yang menyakitkan. Walaupun sudah tidak dapat dilihat bayangannya namun gambar akan menjadi peneman hari-hari mendatang.

Orang kata bukan mudah ingin melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita nak-nak lagi jika dia pernah membawa kebahagiaan.

Simpan gambar arwah isteri dalam dompet.

Hal yang sama dilalui pengguna TikTok dikenali sebagai @wancingkareng apabila masih menyimpan gambar arwah isterinya di dalam dompet.

Menurut pengguna TikTok berkenaan, arwah isterinya seorang yang memahami namun telah dijemput Illahi 9 tahun lalu.

Ditanya akan perasaan isterinya mengenai gambar tersebut, @wancingkareng memaklumkan bahawa isterinya memahami dan tidak cemburu pada arwah yang telah pergi.

Dalam video yang lain, @wancingkareng berkongsi punca pemergian arwah tunangnya adalah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Gambar isteri juga disimpan.

Selain gambar arwah tunangnya, @wancingkareng turut berkongsi bahawa dia juga turut menyimpan gambar isterinya di dalam dompet tersebut.

Lebih terharu lagi, dia menyatakan bahawa setiap kali menukar dompet baharu, isterinya sendiri akan menyusun gambar arwah tunang berserta dirinya.

“Setiap kali tukar wallet, isteri yang akan susun pic dia dan arwah dalam wallet,” kongsinya di dalam video tersebut.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati selain memahami akan peritanya merindui insan yang telah pergi. Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman hampir sama dengannya.

Salam takziah

Inilah namanya tak ada jodoh

Cinta pertama susah lupa

Kongsi pengalaman sama

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen