Dikurniakan pasangan yang saling menyayangi dan kekal setia bersama kita adalah impian setiap manusia.
Itulah kisah sepasang suami isteri warga emas, yang tetap saling risau dan menyayangi, telah menyentuh hati netizen yang melihatnya.
"Cinta sampai mati."
Menerusi perkongsian @miy_ahmad di Tiktok, dia merakamkan tindakan seorang lelaki warga emas yang menemani isterinya membuat pemeriksaan susulan sakit gigi.
Dapat dilihat kerisauan di wajah atuk tersebut yang memegang erat tangan isterinya, memasuki bilik pemeriksaan dan sehingga selesai, namun masun setia di sisi.
"Mata saya masuk habis sis, cinta sejati."
Menjengah ke ruangan komen, rata=rata netizen sayu melihat perkongsian ini yang memaparkan kasih sayang suami pada isterinya merkipun usia mereka telah lanjut. Malahan, ramai wanita yang berharap masih ada lelaki seperti ini yang tersisa menjadi jodoh mereka, kerana itu adalah impian setiap wanita.
Tinggalkan Komen