Geram ‘aircond’ hotel tak sejuk, lelaki ‘servis’, betulkan sendiri

Oleh: Shasha Zack

Era kini, ramai yang memilih untuk menginap di hotel dengan tujuan kerja luar kawasan atau sekadar bercuti. Namun, selalu timbu isu jika hotel yang dipilih adalah dari kalangan hotel bajet yang menawarkan harga murah.

Begitulah yang dirasai oleh seorang lelaki, apabila dia menempah sebuah bilik hotel dengan harga mampu milik, namun ada masalah yang timbul.

"Biarkan aircond hidup 4 jam, tapi masih tak sejuk..."

Menerusi perkongsian @itsameenj di Tiktok, dia berkongsi pengalaman 'servis aircond' sendiri dalam bilik hotel yang ditempahnya, buat ramai kagum.

Lelaki ini pada mulanya hairan kerana penyaman udara seperti tidak berfungsi dan memutuskan untuk meninggalkan bilik selama empat jam dengan aircond terbuka, untuk pergi makan.

Namun begitu, apabila pulang dari makan, dia mendapati penyaman udara masih 'tidak sejuk' dan memutuskan untuk membetulkannya sendiri.

"Lepas 5 minit, sejuk dah."

Tak lama setelah proses 'servis' selesai, lelaki ini berkongsi penyaman udara biliknya akhirnya berfungsi dengan baik setelah lima minit dicuci dan bilik menjadi sejuk.

"Customer yang buat kerja."

Ramai yang kagum melihat perkongsian ini malahan tidak ketinggalan yang terhibur dan berseloroh agar lelaki ini meminta 'gaji' pada pihak pengurusan hotel atas khidmat yang dilakukan.

"Please claim your salary sir."

"Great bro."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen