Isu pencuri tabung masjid dimandikan macam jenazah, PU Syed respons - "Nampak macam Islam membenarkan kezaliman..."

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu rakaman video seorang lelaki yang dimandikan seperti jenazah, dipercayai akibat mencuri tabung masjid.

Peristiwa tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen termasuk PU Syed yang tampil memberi komen atas apa yang berlaku.

"Nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim..."

PU Syed dalam postingnya di Instagram memberi pendapat bahawa hal yang dilakukan oleh ahli-ahli masjid tersebut seolah-olah seperti Islam membenarkan agamanya untuk berbuat zalim kepada umatnya dengan kekasaran yang ditunjukkan. 

Kata PU Syed lagi, marah memang marah, namun niat sebenar ingin menyedarkan pencuri dari kesilapannya risau disalah erti orang luar akibat dari video yang tular ini.

 

"Islam bukan kejam macamni..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat PU Syed dan malahan mereka juga mempunyai pendapat sama, risau akan pandapat serong non-muslim terhadap kekerasan yang digunakan seterusnya menjadikan hal begini sebagai sesuatu yang tular.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen