Dos penggalak tak sesuai lawan Omicron, WHO cipta 8 jenis lagi vaksin kawal virus?

Kemunculan varian Omicron nyata memberi kebimbangan kepada hampir seluruh dunia, lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa ia merupakan antara virus yang mudah merebak.

Vaksin sedia ada perlu dikemaskini

Memandang serius akan perkara itu, sekumpulan Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan vaksin sedia ada untuk menyasarkan varian Covid-19 seperti Omicron perlu dikemas kini.

Demikian adalah kerana dos penggalak bukan strategi yang berkesan untuk mencegah varian baharu, malah pemberian suntikan sedia ada juga bukan cara terbaik untuk melawan wabak tersebut.

"Pengeluar vaksin perlu berusaha mencipta suntikan yang menimbulkan tindak balas imun yang kuat dan tahan lama bagi mengurangkan keperluan untuk dos penggalak berturut-turut."

WHO cipta 8 jenis vaksin

Tambah kumpulan itu, WHO sudah memberikan kelulusan kepada lapan versi vaksin berbeza, yang mana vaksin tersebut menyediakan tahap perlindungan yang tinggi terhadap penyakit berbahaya dan kematian disebabkan oleh pelbagai varian virus.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen