"Ciuman & tatapan akhir abah." - Lelaki sebak ayah pergi dulu sebelum tamat latihan askar

Oleh: Shasha Zack

Dunia seakan gelap apabila menerima perkhabaran orang yang paling kita sayang telah pergi menghadap Ilahi. 

Begitulah pilunya hati seorang anak lelaki saat menerima berita tersebut. Kakaknya menerusi akaun Tiktok, @sue_qaseh telah memuat naik satu video menunjukkan momen terakhir adiknya, Yan dan arwah ayahnya, mengundang sebak ramai.

"Maafkan abah ye dik Yan, abah tak dapat tunggu Yan tamat latihan TUDM bulan 4 nanti."

Sue Qaseh menerusi kapsyennya mencoret kata-kata terakhir ayahnya yang tidak sempat menatap muka Yan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir asbab anaknya yang hanya tamat latihan TUDM pada bulan April tahun ini.

 

Menurut Sue Qaseh, adiknya mula menjalani latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Ipoh, Perak pada Oktober 2021 dan ayahnya meninggal dunia pada 23 Disember 2021.

Yan akan menamatkan latihan di TUDM pada 16 April 2022 dan video yang dimuat naik tersebut merupakan tatapan terakhir Yan pada ayahnya.

"Yan sunyi kak, Yan buat ni untuk abah, abah dah takde, apa makna semua ni lagi..."

Memetik laporan Siakap Keli, Yan dibenarkan pulang pada hari kematian ayahnya dengan diiringi oleh pegawai di pusat latihannya.

“Yan dapat tengok jenazah abah, mandikan, kafankan dan kebumikan abah.

“Selepas selesai urusan jenazah, Yan di bawa balik semula ke kem TUDM untuk teruskan latihan."

"Sedih tengok part ayah renung anak dia..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkaca mata melihat perkongsian ini yang disifatkan dari awalnya ayah mereka telah mengetahui bakal 'pergi dulu' susulan tatapan matanya pada Yan.

"Teresatengok video ni..."

"Mata masuk habuk, Alfatihah buat arwah ayah..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen