Kasih suami, isteri telah setahun 'pergi', tetap jenguk & peluk pusara setiap minggu

Oleh: Shasha Zack

Cinta yang hakiki adalah apabila pasangan telah pergi, yang masih hidup tetap mengingati.

Itulah kehebatan cinta seorang suami pada isterinya, walaupon telah setahun 6 bulan wanita dicintai pergi menhadap Ilahi, kasih sayangnya masih mekar setiap masa.

"Assalamualaikum Milah, abang mai dengan adik ni..."

Perkongsian @princesseida37 sangat menyentuh hati ramai apabila dia memuat naik video ayahnya yang mendoakan ketenangan dan kesejahteraan roh arwah ibunya ketika melawat pusara wanita kesayangan mereka.

Apa yang lebih mengundang sebak netizen adalah apabila ayah wanita ini memeluk dan mencium batu nisan pusara ibunya sambil menangis dan menitip doa sebelum mereka beransur pulang.

"1tahun 6 bulan mak tinggalkan kami..."

Empunya video turut menceritakan di ruangan komen mengenai pemergian arwah ibunya telah menginjak setahun 6 bulan, namun mreka tidak pernah putus melawat pusara setiap minggu pada hari Khamis.

Rata-rata netizen yang menonton perkongsian ini meluahkan rasa sebak di ruangan komen di samping kagum dengan kasih sayang ayahnya yang utuh buat arwah ibu meskipun bidadari kesayangan telah dijemput Ilahi.

"Untungnya mak dicintai abah sehingga akhir hayat..."

"8 tahun abah saya macamni..."

"Al fatihah... rindu yang paling sakit..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen