"Awal tak kalut." - Geng lelaki bersiap pakai baju Melayu pergi kelas, sambut raya awal

Oleh: Shasha Zack

Sejak negara kita dilanda Covid-19, banyak perayaan dan majlis terpaksa ditangguhkan malahan disambut secara sederhana dengan kapisiti terhad. Hal ini telah membuatkan 'mood' untuk beraya atau berkumpul bersama hilang dan suasana tidak meriah seperti dulu.

Risau PKP bermula lagi susulan wabak penyakit yang belum reda, sekumpulan geng lelaki memutuskan untuk menyambut raya awal, meraih perhatian ramai.

"Pergi kelas pakai baju melayu, takut raya kena duduk rumah."

Menerusi perkongsian @juliansheesh di Tiktok, dia dan rakan-rakan dilihat bersiap seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan masing-masing segak berbaju Melayu. 

Apa yang menarik perhatian netizen ialah gelagat mereka yang bersiap segak memakai baju Melayu ke kelas kuliah dengan kapsyen risau jika hari raya akan datang terpaksa duduk di rumah.

"Raya awal nanti tak kalut."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen terhibur dengan persiapan awal sambutan Hari Raya mereka yang memakai baju Melayu menghadiri kelas masing-masing.

"Orang cakap prepare awal tak kalut..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen