Tewas lawan Covid-19, anak hampir rebah lepas meraung panggil ibu

Sejak wabak Covid-19 menyerang seluruh dunia, kehidupan tak lagi sama macam dahulu.

Semuanya berubah dan yang lebih tragis lagi ia telah meragut banyak nyawa, mungkin sudah aturannya begitu dan sebagai manusia siapalah kita mahu menidakkan kuasa Tuhan.

Anak meraung panggil ibu 

Walaubagaimanapun, tidak tergambar rasanya perasaan seorang anak yang terpaksa berpisah disebabkan virus yang telah meragut nyawa ibu atau ayah mereka, seperti yang dilalui oleh kanak-kanak ini.

 

 

Dalam perkongsian Mat Jenazah, menyaksikan seorang kanak-kanak yang lengkap bersarung PPE meraung menangis apabila mendapati ibunya tidak dapat diselamatkan selepas dijangkiti Covid-19.

Berulang kali mulutnya memanggil ibunya, namun tiada respon membuatkan dia hampir rebah, mujur ada seseorang cuba menenangkan kanak-kanak itu.

"Saya boleh tengok dalam fon je..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya turut terkesan dengan perkongsian itu kerana ada di kalangan mereka juga pernah melalui nasib yang sama.

 

"Tangisan paling menyakitkan"

"Kesian tengok budak tu"

Namun, mereka hanya mampu berharap agar anak-anak arwah diberi kekuatan walaupun selepas ini terpaksa menelusuri kehidupannya tanpa seorang ibu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen