Sempena hari jadi, gadis 'surprise' ayah motorcross impian. - "Papa dah lama teringin.."

Oleh: Shasha Zack

Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak adalah sangat besar dan tidak terbalas. Mereka sanggup lakukan apa sahaja dan harungi segala kesusahan demi menjadikan anak-anak insan berjaya.

Justeru, saat telah mencapai menara gading, anak-anak haruslah mengenang budi dan membalas jasa ibu bapa atas susah payah mereka membesarkan kita.

"Masa kecik dulu sampai ke tulang sejuknya naik motor..."

Begitulah yang dilakukan oleh adik beradik ini yang membelikan motosikal impian ayah mereka demi membalas jasa dan mengingati kembali kesusahan yang mereka lalui ketika masih bersekolah dahulu.

Menerusi kapsyen, gadis ini turut menceritakan kenangan semasa kecil sewaktu ayah mereka menghantar ke sekolah menaiki motosikal sehingga sejuknya terasa sampai ke tulang.

Mereka akhirnya dapat memenuhi impian ayah yang sejak dulu menginginkan motocross ini memandangkan lelaki tersebut merupakan penunggang motocross dari muda.

"Apa saja untuk mak ayah kita."

Apa yang mengundang sebak ialah tangisan ayah mereka sewaktu menerima hadiah tersebut membuatkan mereka seisi rumah juga terharu. Kata empunya video lagi, dia sanggp melakukan apa sahaja demi kebahagiaan ibu bapa yang telah berkorban segalanya demi membersarkan mereka.

Dalam pada itu, gadis ini turut mengingatkan semua untuk turut menghargai dan membahagiakan ibu bapa sementara mereka masih ada.

"Auto menitik air mata..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat perkongsian ini lebih-lebih lagi ketika melihat air mata kegembiraan seorang ayah. Tidak ketinggalan, ramai juga yang turut bangga melihat kejayaan gadis ini yang mampu menghadiahkan sesuatu yang menjadi impian ayah sejak dahulu.

"Sebaknya..."

"Bangganya sis dapat bahagiakan ayah..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen