Anak nangis nak gula2, pakcik 'Shell' datang bagi percuma undang sebak - "Tak cukup duit nak beli."

Kerap kali kita lihat kebaikan rakyat Malaysia yang sedia menghulurkan bantuan dalam apa jua situasi asalkan dapat meringankan beban seseorang.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan kebaikan hati seorang pakcik yang bekerja di sebuah pam minyak, memberikan gula-gula kepada budak yang sedang menangis.

"Terima kasih layan anak saya macam cucu..."

Menerusi perkongsian @kiedaamy97_ di Tiktok, dia menceritakan peristiwa anaknya yang menangis inginkan coklat dari stesen minyak ketika dia berhenti untuk mengisi tangki keretanya. 

Walaubagaimanapun, dek kerana terlupa membawa dompet dan kebetulan dia hanya ada duit cukup-cukup untuk mengisi minyak, wanita ini tidak dapat memenuhi keinginan anaknya sehingga membuatkan budak lelaki tersebut menangis.

Tanpa diduga, datang seorang pakcik yang bekerja di situ menghulurkan gula-gula sehingga anaknya berhenti mennagis, membuatkan ibu ini terharu.

"Pakcik ni memang baik, semoga murah rezeki..."

Menjengah ke ruangan komen, ternyata pakcik tersebut memang terkenal dengan kebaikannya dan ramai yang mendoakannya agar sentiasa murah rezeki asbab kebaikan yang dihulurkan.

Tak kurang juga ramai yang turut sebak dan terharu atas tindakan pakcik ini memberi gula-gula percuma buat kanak-kanak tersebut.

"Air mata aku tak berhenti..."

"Pakcik ni layan budak2 macam anak dia, memang bagus..."

Anda masih keseorangan?

1,039,212 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen