Hari pernikahan akan menjadi lebih bahagia sekiranya ibu dan bapa ada di sisi sebagai peneman. Mana tidaknya, saat mendebarkan itu pastinya kata-kata penguat semangat dari insan tersayang ini sangat diperlukan.
Bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang meraikan hari bahagia tersebut bersama insan yang dia sayangi, boleh jadi hanya gambar menjadi peneman di sisi.
“Bawa foto arwah pa saat ijab kabul...”
Hal yang sama dilalui pengantin baru ini apabila seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @fafaurfa berkongsi moment pernikahan abangnya.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat seorang pemuda lengkap berbaju Melayu berona putih dan bersamping sedang duduk bersila.
Namun, apa yang menyentuh hati adalah pengantin lelaki berkenaan turut meletakkan gambar seorang lelaki disisi dipercayai ayahnya yang telah lama ‘pergi’.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sebak melihat moment berkenaan selain berharap agar pemuda tersebut kuat dan tabah. Malah, mereka turut mengucapkan selamat pengantin baru kepadanya.
Hebat bro, salute
Tahniah, selamat pengantin baru
Orang yang diingat selamanya
Tinggalkan Komen