Sakan menari lagu Bollywood, nenek melatah diusik cucu buat netizen terhibur

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang melatah ini sememangnya akan menjadi tumpuan ramai. Mana tidaknya ramai suka mengusik orang yang melatah disebebakan perbuatan mereka yang spontan sekaligus mencuit hati sesiapa melihatnya.

Disebabkan tabiat melatah ini sukar dikawal, jadi ia boleh berlaku di mana-mana tidak kira tempat, bukan sahaja disituasi tegang namun dihadapan orang ramai juga boleh berlaku.

Nenek sakan menari diusik cucu.

Hal yang sama terjadi terhadap seorang warga emas ini apabila diusik oleh cucu di sebuah majlis kahwin yang mendendangkan lagu Bollywood.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @aizxthxziq ini memaparkan seorang pemuda berlari ke arah seorang wanita berusia ketika sebuah lagu hindustan dimainkan oleh DJ radio.

Tidak berlengah, pemuda tersebut terus menari sambil diikuti nenek berkenaan sebelum sedar bahawa dia telah diusik oleh cucunya.

Gelagat nenek dan cucu itu menjadi perhatian ramai terutama tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet terhibur akan gelagat nenek dan cucu tersebut. Malah, ada juga yang meluahkan rasa rindu nak mengusik nenek mereka.

Lembut je nenek menari

Tersenyum tengok nenek

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen