Ibu 'pergi' sebab Covid-19, cikgu sebak lihat anak murid tak terurus datang sekolah

Bercerita tentang pengorbanan dan perjuangan seorang ibu pasti akan membuatkan kita mengalir air mata.

Tidak tergambar rasanya segala penat lelah yang terpaksa ditanggungnya dalam membesarkan anak-anak.

Sedih pelajar urus diri sendiri tanpa ibu

Namun, sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa di setiap pertemuan itu pasti akan adanya perpisahan, baik dalam keadaan kita bersedia ataupun tidak dan apa yang pasti ia amat menyakitkan.

Misalnya seperti yang menimpa pelajar lelaki ini. Dia yang baru sahaja memasuki alam persekolahan terpaksa  menguruskan dirinya tanpa bantuan ibu seperti yang dirasakan oleh kawan-kawannya yang lain.

 

 

Demikian adalah kerana ibunya telah meninggal dunia selepas dijangkiti virus Covid-19 dan atuk, ayah serta kakaknya lah yang menyambung tugas itu untuk pelajar berkenaan.

Cikgu bantu sebelum mula mengajar

Pun begitu, pelajar terbabit masih dilihat tidak terurus apabila baju sekolahnya yang labuh tidak diperkemas membuatkan pemilik akaun Tiktok ini yang juga merupakan seorang guru terpanggil untuk membantunya.

Tumpah rasa kasihan di hati mengenangkan nasib pelajar tersebut.

"Realiti bila tiada mak..."

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-ratanya akui sedih melihat pelajar itu.

 

"Kesiannya dia..."

"Jatuh air mata saya..."

Ramai nak bantu

Namun, tak kurang juga yang menawarkan diri untuk membantunya seperti menyediakan peralatan tulis dan kelengkapan pakaian sekolah yang baru.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen