Dah lama teringin, suami tercengang isteri hadiahkan motor idaman

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak salah rasanya sekiranya seorang isteri memberikan hadiah atau kejutan buat suami tersayang sebagai tanda menghargai penat lelah lelaki berkenaan dalam mencari rezeki buat keluarga.

Malah, lebih seronok seorang suami apabila isterinya dalam diam menyokong minat serta bukan mudah nak bertemu wanita seperti itu. Kalau bertemu dengan seseorang seperti itu memang bagai satu rezeki dalam keharmonian rumah tangga.

Itulah yang dilalui pemuda ini apabila bagaikan tidak percaya menerima sebuah motosikal idamannya dari isteri tercinta.

Selama ni minta je, tak sangka isteri beli.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hafishashim5 ini memaparkan saat-saat dirinya tidak percaya apabila menerima kejutan dari isterinya di sebuah bengkel motorsikal.

Dalam video tersebut dapat dilihat pemuda berkenaan terduduk dan terdiam apabila melihat motor idamannya di depan mata berserta geran di tangannya.

Hanya mampu tersenyum memandang isterinya, pemuda berkenaan pastinya seakan tidak percaya akan kejadian tersebut.

Sempat sakan suami.

Dalam video yang lain pula, lelaki berkenaan seakan teruja untuk mencuba motorsikal yang diterimanya itu. Malah, dapat didengari suara isterinya mengusik kerana bibirnya tak lekang dari senyuman.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji isteri lelaki berkenaan yang memahami suaminya. Malah, mereka turut meninggalkan pesan agar tidak mempersiakan wanita itu kelak.

Jangan sia-siakan isteri tu

Untung dapat isteri satu kepala

Terduduk abang kita ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen