Syukur dapat 'bibik' bertanggungjawab, majikan belanja cincin, gelang emas buat pembantu rumah terharu

Oleh: Shasha Zack

Bagi keluarga yang berkemampuan, mereka akan mengambil pembantu rumah untuk meringankan beban menjaga anak dan menguruskan rumah. Lebih-lebih lagi jika 'bibik' rajin, pastinya majikan akan sayang dan sukar untuk dilepaskan.

Begitulah juga dengan seorang wanita, yang menghargai pembantu rumah warga Indonesia dengan caranya tersendiri, buatkan ramai tersentuh.

"Rajin kerja dapat award..."

Menerusi perkongsian yang tular di Tiktok, @aifaazlan92 telah membuat kejutan buat pembantu rumahnya dengan membelikan gelang dan cincin emas sebagai tanda penghargaan atas segala susah payah dan usaha warga asing tersebut menguruskan keluarga mereka.

Dalam kapsyen yang ditulis, wanita ini juga menyatakan rasa syukur kerana mendapat pembantu rumah yang rajin, dan membantu dalam segala urusan rumah sehingga dia tidak teragak-agak untuk memberi hadiah dengan nilai tinggi sebegitu.

"Sejak ada bibik, hidup saya makin teratur, bibik jaga anak saya macam anak sendiri."

"Terima kasih bik, saya akan ingat jasa bibik. Apalah sangat hadiah yang saya bagi dibandingkan dengan pengorbanan bibik..."

"Moga digandakan lagi rezeki."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai yan terharu melihat perkongsian ini malahan memuji sikap pemurah wanita ini sebagai majikan yang memberi penghargaan sebesar itu buat pembantu rumahnya.

"Suka tengok begini..."

"Murah rezeki akak, tak berkira dengan orang yang menjaga anak sis..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen