Sayu kereta baru dihempap pokok, netizen pula sibuk tanya sumber beli dari mana?

Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa hari ini amatlah membimbangkan sehingga berlakunya bencana kecil yang kemudiannya merosakkan harta benda.

Misalnya seperti tragedi tanah mendap yang berlaku baru-baru ini.

Termenung tengok kereta baru remuk

Berdepan nasib sama, seorang pegawai kerajaan yang baru sahaja keluarkan sebuah kereta baru terkedu selepas menyaksikan kerosakan yang berlaku ke atas kereta mewahnya.

 

 

Hal itu dapat dilihat menerusi perkongsian Hanapi di laman Tiktok, memperlihatkan pegawai berkenaan bercekak pinggang termenung melihat keadaan keretanya selepas dihempap pokok besar.

Menurut pemilik akaun ini, kereta tersebut baru sahaja dikeluarkan pada Januari lalu yang diusahakan oleh kawannya sendiri hasil titik peluh bekerja.

Netizen persoal sumber beli kereta

Namun, siapa sangka ada komen 'pedas' menyindir serta mempersoalkan insiden yang menimpa pegawai terbabit dengan meminta agar dia 'check' semula hasil sumber yang diperoleh untuk membeli kereta mewah itu.

 

 

 "Terima dengan redha"

Walaubagaimanapun, ada juga yang menyelar tindakan mereka dan berharap agar pegawai itu tabah dengan ujian buatnya.

 

"Allah uji sebab sayang"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen