Bosan dengan QWERTY? Kenali 7 cara penyusunan 'keyboard' unik zaman dulu

Penggunaan papan kekunci atau keyboard sudah menjadi kebiaasaan dalam kalangan generasi masa kini, lebih-lebih lagi seiring dengan kemajuan teknologinya yang serba canggih.

Jika dilihat, penyusunan abjad pada papan kekunci juga disusun secara terbalik dan siapa sangka rupanya ada sejumlah 7 jenis cara susunan 'keyboard' yang ramai tak tahu, tapi pernah digunakan suatu ketika dahulu.

Berikut merupakan 7 jenis cara susunannya:

1. Keyboard Numeric

Keyboard ini dicipta khas untuk kegunaan nombor sahaja. Bagi yang skop kerjanya memfokuskan kepada nombor berbanding abjad, lebih sesuai menggunakan papan ini kerana memudahkan kerja.

2. Keyboard Alphabet

Sebelum terciptanya keyboard jenis QWERTY dan DVORAK, papan kekunci dulu menggunakan susunan mengikut abjad asal iaitu ABCDE dan seterusnya.

Namun, ia ditukar kepada QWERTY  kerana beberapa faktor yang tidak dapat dipastikan tetapi masih boleh digunakan untuk mengajar anak kecil mengenal huruf.

 

3. Keyboard Stenotype

Seterusnya, penciptaan Stenotype dahulu kerap digunakan untuk mencatat ucapan seseorang.

Kebiasaannya ia digunakan oleh wartawan untuk mencatat sesuatu hasil dari temu bualnya kerana ia lebih cepat.

4. Keyboard Palantype

Penyusunan keyboard Palantype diasingkan kepada tiga bahagian iaitu kiri, tengah dan kanan.

Bahagian kiri menunjukkan konsonan awal, bahagian tengah adalah vokal dan kanan pula kelompok terakhir dari sebuah kata atau suku kata.

Ia tidak memakan banyak ruang kerana banyak simbol penting yang tidak disertakan pada papan jenis itu.

5. Keyboard Maltron

Keunikan keyboard ini lain dari yang lain kerana bentuknya yang cekung ke dalam sedang kebanyakkan keyboard yang kita lihat semuanya mendatar.

Demikian adalah bagi memudahkan kedudukan jari menaip bersesuaian dengan keselesaan jemari penciptanya iaitu Maltron.

6. Keyboard KLOCKENBERG

Ia muncul selepas kewujudan QWERTY dan DVORAK yang mana dibuat dengan maksudn menyempurnakan jenis keyboard yang sedia ada.

Uniknya keyboard ini kerana ia terpisah antara satu sama lain iaitu bahagian kiri dan kanan dengan sudut 15 darjah serong ke bawah, malah butang-butang pada keyboard juga dibuat untuk mengurangi beban otot pada jari dan pergelangan tangan, otot tangan serta bahu.

Sayangnya, ia kewujudannya tidak bertahan lama kerana memakan lebih banyak ruang disebabkan oleh fizikalnya yang terpisah.

7. Keyboard DVORAK

DVORAK muncul buat pertama kalinya pada tahun 1932an yang mana ia disusun dengan mekanis agar tangan kanan memegang beban lebih banyak berbanding tangan kiri.

Keyboard ini lebih argonamik dan dilihat lebih efisyen melebihi 10 hingga 15 % daripada QWERTY.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen