Angin terlalu kuat, sayu lihat tapak niaga musnah dilanda ribut -"Mungkin ini teguran."

Sejak semalam, media sosial terus dibanjiri dengan perkongsian wargamaya berhubung keadaan di kawasan yang terjejas akibat hujan ribut dan hujan ais pada petang Khamis.

Bukan sahaja menghalang lalu lintas, malah paparan video dan gambar juga menyaksikan kemalangan serta kerosakan yang berlaku akibat daripada fenomena tersebut.

Tapak niaga musnah dilanda ribut

Lebih menyentuh hati, peniaga kecil-kecilan di kaki lima juga terpaksa menanggung kerugian disebabkan oleh kemusnahan barang perniagaan mereka berikutan angin kencang yang melanda.

Menerusi perkongsian Malaysian Update di laman Tiktok, menyaksikan deretan premis peniaga di bahu jalan musnah dan tidak dapat diselamatkan.

 

 

Sayu, namun sebagai manusia siapalah kita mahu menidakkan kuasa pemilik alam yang lebih berkuasa di atas sana.

 "Moga dipermudahkan urusan..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai menitipkan doa agar mereka yang terjejas reda dan kuat atas musibah yang menimpa.

 

"Diuji lagi..."

 

 

"Mungkin ini teguran..."

Pun begitu, ada juga yang mengingatkan agar tidak terlalu leka dengan kuasa atau harta yang dimilik kerana ada kemungkinan kejadian tersebut berlaku sebagai satu teguran buat kita.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen