Bukan biasa-biasa, pengantin baru naik helikopter datang majlis bersanding

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi perkara biasa apabila melihat pengantin dibawa menggunakan kereta mewah ataupun kereta berhias. Namun, jarang berlaku apabila melihat pasangan pengantin dihantar menggunakan helicopter.

Pengantin baru naik helikopter.

Tapi itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mattyie1 apabila memuat naik video memaparkan pasangan pengantin menaiki helicopter.

Menerusi video yang dimuat naik itu, memaparkan pasangan pengantin yang berpakaian sedondon berona biru dilihat sedang turun dari helikopter.

Lebih menarik perhatian lagi apabila pengantin lelaki bertindak dukung pengantin perempuan sebaik sahaja turun dari helikopter tersebut sebelum membawanya ke dewan bersanding.

Dalam rakaman video berdurasi 14 saat itu juga memaparkan saat helikopter mendatar serta beberapa keping foto pasangan tersebut bersama pengangkutan udara itu.

Difahamkan, helikopter tersebut terbang dari Subang Airport ke Kelantan semata-mata untuk mengambil pasangan pengantin tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum akan melihat kenderaan yang dinaiki pasangan pengantin berkenaan. Malah mereka turut berhasrat untuk menyimpan duit sebanyak mungkin agar boleh melakukan hal yang sama di majlis perkahwinan mereka kelak.

Untung photographer naik free

Bukan keleng-keleng ni

Simpan duit nak naik heli

Selamat pengantin baru

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen