Lena tidur dalam kelas, rakan prihatin sedia tadah tangan risau member tersungkur

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata tempat tidur yang paling sedap pastinya di kelas belajar. Mana tidaknya situasi yang tenang lagi nyaman pastinya membuatkan sesiapa terlena.

Perkara yang sama dilalui seorang kanak-kanak ini apabila terlena ketika berada di dalam kelas semasa guru mengajar di hadapan.

Risau member tersungkur.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @rozalinasuffian ini memaparkan beberapa orang kanak-kanak sedang duduk.

Bagaimanapun, gelagat seorang kanak-kanak perempuan sedang terhuyung hayang disebabkan sedang tidur menjadi perhatian.

Bukan itu sahaja, gelagat rakan sebelahnya yang prihatin yang sentiasa bersedia menadah tangan agar rakannya tidak tersungkur juga turut mendapat perhatian.

Sudahnya member pun tidur.

Namun, keadaan menjadi lucu apabila diakhir video kedua-duanya dilihat sedap tidur bersama-sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat kanak-kanak berkenaan. Malah, memuji sikap rakanya yang prihatin.

Prihatin betul member dia

Sudahnya sama-sama tidur

Comel betul dua-dua ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen