Kongsi detik kemalangan, suami dengar isteri ucap 'AllahuAkbar' sebelum kereta dirempuh

Sebak, tiada kata yang mampu diungkapkan ketika ini melainkan doa dan linangan air mata sang suami saat mengiringi jenazah isteri dan tiga orang anaknya selepas disahkan meninggal dunia rentetan kemalangan ngeri pada Jumaat.

Dengar isteri sebut AllahuAkbar

Berkongsi detik tragis, Mohd Nazri berkata bahawa dia sempat mendengar arwah isterinya, Raihan Mohamad menyebut 'AllahuAkbar' sebelum kenderaan dinaiki mereka dirempuh.

"Saya sempat mendengar arwah isteri sebut 'AllahuAkbar' sebelum kami dirempuh kenderaan itu menyebabkan isteri serta tiga anak kami tercampak keluar dari kenderaan."

-Mohd Nazri-

"Saya tak sempat buat apa-apa"

Sewaktu kejadian, beliau yang juga merupakan seorang guru di SK Aring, Gua Musang bersama dengan abang iparnya bertolak dari kuarters di Felda Aring 1, bagi menghadiri kenduri kahwin anak saudara isterinya di Kajang.

"Saya memandu kereta di hadapan, manakala abang ipar sekeluarga yang menaiki Mitsubishi Pajero berada di belakang di sepanjang perjalanan itu."

"Saya meneruskan pemanduan selepas melihat dua kereta di hadapan bergerak sebaik lampu isyarat bertukar hijau sebelum kereta kami dirempuh kenderaan itu."

"Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tidak nampak kenderaan berkenaan di hadapan kereta kami."

-Mohd Nazri-

Difahamkan lagi, ketika itu dua orang anaknya menumpang kereta abang ipar di belakang  dan terlepas dari nahas berkenaan.

Susulan insiden, isteri dan tiga orang anak yang bersama dengannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen