Tak pasal2 disimbah cat merah, AhLong salah rumah siap ugut mangsa cari penghutang sebenar

Oleh: Shasha Zack

Tular kejadian gerun yang menimpa seorang lelaki apabila tak pasal-pasal rumah dan keretanya diserang along yang tersilap sasaran. Akui mengalami trauma lepas kejadian, dia menyeru orang ramai untuk bantu tularkan kejadian menimpa dirinya susulan disimbah cat merah di kereta dan di hadapan rumahnya.

"Aku dah whatsapp along tu, korang tengok sendiri jawapan dia..."

Rentetan kejadian, Azhar difahamkan telah menghantar mesej pada along tersebut, menjelaskan dia bukanlah orang yang dicari. Namun reaksi dari lintah darat berkenaan langsung tidak menyesal malah mengugut akan mengancam keselamatan dia dan keluarga pula!

"Penghutang sebenar dah setahun lebih pindah, aku yang kena..."

Takut dan bengang dalam masa yang sama, Azhar menjelaskan bahawa penghutang sebenar adalah penghuni rumah nombor 286 sementara rumahnya bernombor 288. Penghutang sebenar juga telah lama tidak menetap di rumah mereka kira-kira setahun setengah.

Azhar turut berkata, dia kecewa apabila dimaklumkan jiran bahawa pelaku adalah orang Melayu yang menyimbah cat dan 'menyerang' rumahnya. Difahamkan, kejadian yang berlaku di Johor ini telah dilaporkan pada polis dan kini menunggu siasatan dijalankan. 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen