Banyak Lelaki Sembunyikan 7 Hal Ini Dari Perempuan.

Assalamualaikum. Hai semua, apa kabar? Alhamdulilah sekarang kehidupan lebih membaik dan hari nie saya nak kongsikan sedikit rahsia. Walaupun telah menjadi sepasang kekasih, tak semua lelaki suka mengungkapkan banyak hal. Terbukti, ada beberapa hal yang disembunyikannya dari wanita. Apa sajakah itu? Sikap lelaki yang “cool” terkadang membuatkan lelaki kelihatan lebih macho dan tidak mempunyai masalah.  Ada juga lelaki yang selesa untuk mengungkapkan apa yang dia suka dan tak suka pada perempuan. Dan di balik sisi "cool" terdapat pekara yang lelaki tidak pernah memberitahu kepada perempuan. Meh saya kongsikan dan bocorkan. Dan sebab tadi kawan perempuan saya minta pendapat kerana mereka selalu bergaduh dan kerap berselisih pendapat dengan pakwe dia, ahhh so meh saya kongsikan sikit biar kamu faham sikit lelaki ni.



1. Lelaki inginkan perempuan berkenalan dengan kawan-kawan baik lelaki.

Bagi Lelaki, mereka tidak hanya menginginkan pasangannya mencintai dirinya saje, tapi juga perlu berkenalan dengan  kawan-kawann baiknya. Mereka tidak mungkin bergaul sepanjang waktu tapi setidaknya ketika ada kesempatan,gunakan waktu tersebut untuk dapatkan maklumat dan reaksi rakan-rakan terdapat pasangan  dan dapat memanfaatkan waktu tersebut untuk si perempuan mengenali dengan siapa biasa lelaki selalu keluar.

2. Lelaki tidak suka ketika di depannya Perempuan memuji lelaki lain.

Mungkin memuji seorang artis terkenal yang di jadikan idola ataupun sesiapapon lelaki depan lelaki tu, lelaki sangat tak menyukai ketika pasangannya memuji lelaki lain. Lagi-lagi kalau di bandingkan dengan lelaki yang lain.



3. Lelaki takut jika pasangannya menemukan lelaki yang lebih baik darinya.

Kekhawatiran lelaki pada pasangannya jika dia bakal menemukan lelaki yang lebih baik darinya memang kerap menghantui. Hal ini sering membuat dirinya sangat bimbang dan risau. Walaubagaimanapun, lelaki selalu pandai menyembunyikan kekhawatirannya tersebut ketika di hadapan perempuan. Terutama perempuan memperkenalkan kawan rapat lelakinya kepadanya.

4. Suka menyekat hobi lelaki.

Lelaki mempunyai minat yang tersendiri seperti bermain bola sepak, futsal, badminton,game dan macam-macam lagi. Seorang wanita yang baik akan membiarkan pasangan melakukan hal yang ia sukai dan menyokongnya. Namun lelaki sangat tak suka bila pasangan wanita menghalang dan meminta agar menghentikan aktiviti mereka. Kalaupun mereka mengiyakan, itu hanya mereka tak punya pilihan atau menghindari konflik.



5. Lelaki tak suka perempuan yang suka mendesak dan kaki kongkong.

Pernah dapat tak mesej dari lelaki hanya jawab "k",lelaki paling bosan kalau perempuan nak mesej 24 dan asyik call untuk update di mana saje. At least 4-5 kali pon dah okey. Lelaki paling tak suka kalau perempuan mendesak untuk membuat sesuatu,biarkan buat dengan ikhlas.

6. Lelaki tak pandai memujuk.

Sebenarnya kebanyakkan lelaki tak pandai memujuk pasangan mereka.   lagi-lagi kalau masa merajuk dan lelaki sangat strees bila pasangan merajuk. Sebab bila perempuan nie merajuk agak lame yer dan makan masa dan suka berungkit. hehehhe.



7. Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi perempuan dalam hal ni. Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat. Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan kamu. Maaflah kalau ada yang terlebih dan terkurang. Ini sahaja yang mampu disajikan untuk tatapan pembaca. saya bukanlah juga lelaki yang sempurna terlalu banyak kelemahan tetapi untuk memberi tauladan kepada kaum hawa tentang lelaki. oklah sampai sini dulu yer kalau ada yang tak kena bagitahu. bye bye adios.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen