Kemalangan libatkan 7 kenderaan, warga emas jalan terhincut keluar kereta undang pilu

Oleh: Shasha Zack

Hari ini, berlaku satu kemalangan dahsyat melibatkan 7 buah kenderaan termasuk sebuah lori di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KRK) di kilometer 4.

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir 2 jam dari Gombak.

Video sumber:

Menerusi video seorang pengguna Facebook, Mdm Noor Muktar, dia sempat merakam kejadian yang berlaku dan mendapat perhatian netizen ekoran keadaan lalu lintas yang agak sesak ketika ini.

Trafik sesak 20.5km dari MRR2 ke Bukit Tinggi

Memetik sumber Kosmo, difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi sehingga trafik sesak sejauh 20.5 km dari MRR2 hingga ke Bukit Tinggi.

Makcik keluar dari kereta, jalan terhincut ke tepi highway

Susulan kejadian, dapat dilihat satu insiden meruntun hati apabila seorang warga emas berjalan keluar dari kereta dengan terhincut-hincut menghala ke tepi lebuhraya.

Dari video, sebuah Perodua Myvi dilihat remuk manakala kenderaan lain turut rosak dan remuk akibat perlanggaran yang berlaku.

Ramai sebak tengok makcik tu, netizen doakan semuanya dipermudahkan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen