21 tahun bergelar anak tunggal, gadis pasrah status dirampas adik baru lahir

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata, bila anak sudah membesar dan usia telah meningkat pastinya tidak terfikir untuk menambah anak lagi. Namun, orang kata anak itu rezeki siapa sangka akan bertambah selepas anak-anak mula hidup sendiri.

“Kenapa keluar lambat sangat?”

Itulah yang dilalui gadis ini apabila tidak sangka status sebagai anak tunggal selama 21 tahun akhirnya di rampas oleh adik yang baru lahir.

Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @amierahadid_ apabila memaparkan dirinya sedang mendukung adiknya.

Dalam video tersebut juga, dia memaklumkan bahawa adiknya itu selamat dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu.

Malah, dia juga dilihat begitu selesa mengasuh adiknya itu walaupun di khalayak ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat perkongsian berkenaan. Malah, ada juga seakan mencari peluang untuk berkenalan dengan gadis tersebut.

Bahkan, ada juga yang berseloroh bahawa menganggap bayi yang didukung itu adalah anaknya.

Bertukar jadi anak tiri

Macam anak sendiri

Dapat jadi abang ipar baby pun okay

Mesti adik tidur dengan kakak

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen