Hanya dapat tidur sejam di hari bahagia, pengantin perempuan terlelap keletihan ketika berdandan

Oleh: Zuzu Yasmine

Memikirkan hari bahagia bersama insan tersayang, pasti ramai yang teruja nak-nak lagi pada si bujang. Mana tidaknya duduk bersanding di atas pelamin berserta mengenakan baju yang cantik tapi lebih seronok apabila disatukan bersama insan tersayang.

Malah, boleh dikatakan apabila melihat keadaan sebegitu ramai yang bujang tidak sabar menghitung hari menanti majlis perkahwinan sendiri sekaligus ingin mendirikan rumah tangga.

Pengantin tidur masa berdandan.

Namun, itu hanya keindahan yang orang lihat tapi ada sebalik kejadian yang pastinya dirasai pengantin atau ahli keluarga raja sehari sahaja.

Itulah yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mamahaider apabila memaparkan gelagat rakannya ketika hari bahagianya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dua orang gadis sedang mempersiapkan seorang pengantin perempuan.

Bagaimanapun, gelagat pengantin perempuan yang seakan terlelap ketika didandan itu telah menjadi perhatian.

Menurut @mamahaider, pengantin telah tidur pada 5 pagi sebelum bangun untuk persiapan pernikahan pada jam 6 pagi.

Lebih bertambah letih lagi apabila dia juga perlu bersiap sampai tengah hari sebelum keluar untuk sesi bersanding dan ‘out door’.

“Tidur pukul 5 pagi, bangun pukul 6 pagi terus siap untuk makeup nikah. Sampai tengah hari dan out untuk sanding,” tulis di dalam video tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan pengantin wanita berkenaan. Malah mereka turut mengkaui raja sehari adalah hari paling penat.

Selesai terus tidur

Masa nikah sampai tertidur

Makeup awal pagi

Penat jadi pengantin perempuan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen