Bagaikan 'sandwich' diapit dua treler, Rolls Royce tetap 'steady' walau terlibat kemalangan ngeri

Oleh: Shasha Zack

Sejak semalam, tular satu kemalangan melibatkan kereta mewah jenama Rolls Royce yang diapit dua treler besar, namun tidak remuk atau pecah secara total!

Kemalangan yang berlaku di Terowong Menora-Ipoh Utara (KM 264.0 arah Selatan) itu membuatkan ramai kagum dengan kualiti kereta mewah berkenaan.

Trafik sesak sejauh 7.5km

Susulan kemalangan yang berlaku, trafik dilaporkan sesak sejauh 7.5 kilometer dari Sg. Perak ke Ipoh Utara.

Menerusi perkongsian video di Facebook, dapat dilihat kereta Rolls Royce tersebut tersepit di tengah-tengah antara dua treler.

 

Insiden ini dilaporkan berlaku tengah hari semalam dan menyebabkan trafik sesak sejauh 7.5 km dari Sg.Perak ke Ipoh Utara.

Dalam video tersebut, kereta Rolls Royce warna hitam dilihat tersepit di tengah-tengah antara dua lori treler. Bahagian belakang dan depan kereta mewah tersebut dilihat remuk akibat rempuhan tersebut.

Walau dihimpit, masih teguh

Kereta mewah tersebut dilihat teguh dan hanya mengalami remuk di bahagian depan dan belakang tanpa menjejaskan tempat pemandu dan penumpang.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah keadaan tayar treler di bahagian belakang nampak bergalih hingga buat orang ramai yang ditempat kejadian kagum.

"Insurance pon takboleh nak cover ni..."

Tinjauan ke ruangan komen mendpaati ramai netizen bengang melihat kedua-dua treler yang berada di lorong kanan jalan raya hingga mengakibatkan kemalangan berlaku. Dalam pada itu, ramai yang kagummelihat kualiti kereta mewah ini dan tidak menafikan harganya yang mahal bakal menimbulkan masalah pada pemandu dan syarikat treler tersebut dari segi insurance yang perlu dibayar.

"Kenapa lori kat lorong belah kanan?

"kalau model lain mahu kecai..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen