Hampir langgar kereta depan, geng lelaki menjerit lihat gadis pandu kereta undang tawa ramai

Oleh: Shasha Zack

Tidak semua, namun ramai wanita mempunyai skill memandu yang agak lemah jika dibandingkan dengan lelaki.

Hal ini membuatkan ramai yang kecut perut apabila golongan wanita yang memegang stereng, menawarkan diri untuk memandu.

"Bila perempuan drive..."

Samalah dengan sekumpulan lelaki ini, yang menjerit ketakutan apabila rakan perempuan mereka yang memandu kereta, membuatkan netizen yang menonton ketawa geli hati.

Dalam video, difahamkan gadis tersebut memandu dengan agak laju hingga hampir melanggar kereta hadapan, membuatkan reaksi geng lelaki terlampau risau hingga ada yang memegang tempat pemegang penumpang, tidak kurang juga yang menjerit bagaikan mahu terkeluar anak tekak.

"Haha menjerit kalah perempuan."

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi dari penumpang belakang yang menjerit bagaikan tiada hari esok. Malahan ramai yang berseloroh bertanya keadaan terkini mereka, risau sesuatu terjadi sepanjang dalam perjalanan.

"Saya faham perasaan abang..."

"Diorang risau jumpa pencipta..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen