Lazimnya, apabila seseorang itu sedang mengandung pasti akan ada adegan bilamana mereka mengidam sesuatu samada dalam bentuk makanan, barangan atau aktiviti yang sebelum ini tidak pernah dilakukan.
Bumil ngidam naik 'stroller' dikecam
Berdepan situasi sama, dia bernama Farhana Zahra juga mengidam untuk membuat sesuatu yang setakat ini belum pernah lagi dilakukan oleh golongan dewasa, terutamanya ibu mengandung.
Menerusi video yang dikongsikan, dia sedang duduk di atas stroller bayi dengan ditolak oleh suami serta anak kecilnya sekaligus menjadi perhatian umum.
"Mengade namanya..."
Namun, hantaran tersebut menerima pelbagai respon, terutamanya yang mengecam tindakannya yang dianggap terlalu berlebihan dan rata-ratanya menganggap wanita berkenaan hanya mengada sahaja.
Tinggalkan Komen