"Mak ayah dia tak pernah tinggalkan dia sorang2, tak logik langsung..." - Jiran

Oleh: Shasha Zack

Hari ini kita dikejutkan dengan brita seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun  yang maut selepas terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Kanak2 tersebut berseorangan di rumah

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.20 pagi itu mendapati kanak-kanak tersebut berseorangan di rumah.

"Mangsa yang jatuh dari tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut."

"Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM." 

"Mak ayah takpernah langsung tinggal kat rumah, benda di luar jangkaan kita..."

Akibat tularnya kes ini, ramai netizen yang menyelar tindakan ibu bapa kanak-kanak malang berkenaan yang emmbiarkan budak berusia 5 tahun tersebut tinggal berseorangan di rumah hingga mengakibatkan kematian dahsyat sebegini.

Namun, dalam pada ramai mengecam, tampil seorang wanita Rose Flower menjelaskan dirinya sebagai jiran kepada mereka dan menyatakan sesungguhnya ibu bapa kanak-kanak itu tidak pernah sekali pun meninggalkan dia sorang diri di rumah.

"Kita faham bila orang marah sebab kesian kat budak tu, tapi tak logik gak..."

Tambah Rose Flower lagi, ibu kanak-kanak tersebut adalah seorang jururawat dan selalu menghantar anak-anak ke pengasuh sebelum pergi ke tempat kerja. 

Bagi wanita ini yang telah lama hidup berjiran dengan mereka, tidak logik untuk menuduh ibu bapa kanak-kanak tersebut lebih-lebih lagi jika tidak tahu hujung pangkal cerita.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen