Hanya sehari bergelar isteri, wanita diceraikan gara2 suami minat kaum sejenis

Oleh: Shasha Zack

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti inginkan hubungan kekal bahagia hingga ke syurga. Tiada siapa yang menginginkan perpisahan namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya.

Begitulah kisah sedih menyayat hati seorang wanita yang telah bergelar isteri, tiba-tiba diceraikan suami meski baru sehari diijabkabulkan.

"Walaupon dah berkahwin, tapi aku masih belum disentuh..."

Perkongsian dari @raisakuu20 mengejutkan para netizen apabila dia memuat naik kisah duka perkahwinannya yang diceraikan kerana dia meminati kaum sejenis. 

Lebih parah, suaminya itu ternyata belum 'move-on' dari kisah lampaunya apabila dia menghantar gambar dirinya bersama 'kekasih' hati hingga membuatkan lelaki itu tidak teragak-agak menceraikan wanita malang ini biarpun belum 24 jam bergelar isteri.

"Mungkin dah takdir, aku redha & ikhlas..."

Tambah wanita ini lagi, 'suami satu hari' nya itu melamar dirinya dengan cara sangat romantis dan tidak menyangka bakal diceraikan sepantas itu kerana dia dilayan seperti ratu pada hari berkenaan.

Malahan, sang suami hanya menganggap dirinya sebagai perhiasan dan tidak rela menyentuh dirinya sebelum mahligai yang dibina musnah dalam sekelip mata.

"Allah, semoga yang baik2 untuk awak lepasni..."

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita ini yang seperti dikhianati oleh orang yang dia sayangi. Para netizen mendoakan agar wanita ini bertemu jodoh yang lebih baik selain mengatakan keputusan penceraian ini merupakan sesuatu yang bijak.

"Ya Allah terkejut aku dia mention him..."

"You deserve better kak..."

"kenapa nak seksa wanita kalau suka sesama jenis??..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen