Baju sekolah labuh sampai tutup tangan, cikgu tergelak rupanya murid terpakai baju kakak

Sudah menjadi kemestian buat ibu bapa di luar sana sentiasa membantu anak-anak mereka mempersiapkan diri sebelum berangkat ke sekolah, terutamanya bagi yang pertama kali ingin memulakan sesi persekolahan.

Namun, tidak dinafikan ada sahaja dari kalangan pelajar sudah terbiasa melakukannya sendiri kerana telah diajar untuk berdikari dan tidak mustahil akan berlakunya insiden seperti pelajar ini.

Cikgu pelik baju murid labuh sangat

Menerusi perkongsian Zara Osman yang juga merupakan seorang guru, menyaksikan gelagat seorang pelajar perempuan di kelasnya yang sepertinya tidak kisah dengan penampilannya.

 

 

 

 

Demikian  susulan melihat baju yang dipakai agak labuh sehingga  lengan baju menutupi kedua-dua belah tangannya sewaktu ingin mengaminkan doa selepas selesai bacaan Yaasin.

Rupanya terpakai baju kakak

Pun begitu, sungguh tidak menyangka jawapan pelajar itu apabila dengan tenang dia memaklumkan bahawa baju sekolahnya hari itu tertukar dengan kakak yang berusia 9 tahun.

"Macam2 ragam..."

Bukan sahaja guru, warga netizen juga terhibur mengenangkan gelagat pelajar tersbeut yang sepertinya tidak kisah pun dengan hal itu, sebaliknya tetap ingin meneruskan perjuangannya ke sekolah menuntut ilmu.

Tapi comel

"Jenis selumber ni..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen