Sayu rai hari bahagia tanpa mak, pengantin lelaki nangis dalam pelukan ayah lepas akad nikah

Dalam kemeriahan dan debaran yang dianantikan ingin melafazkan akad nikah, terasa seperti ada kekurangan apabila tanpa kehadiran ibu atau bapa di hari bahagia itu.

Namun, siapalah kita mahu menidakkan kuasa sang Pencipta dan sebagai seorang anak, jadilah yang terbaik serta menjaga nama baik mereka walaupun jasadnya tidak lagi kelihatan.

Pengantin lelaki nangis dalam pelukan ayah

Melalui detik sama, Aisyah Ariffin yang juga merupakan adik kepada pengantin lelaki ada merakam moment di sekitar majlis pernikahan abangnya pada hari itu.

 

 

 

Dalam entri tersebut, abangnya lantas memeluk erat ayah sambil menangis selepas usai lafaz akad nikahnya.

Pun begitu, lain rasanya apabila arwah emak mereka tiada di hari bahagia salah seorang anaknya dan jika dapat lihat, Aisyah ada meletakkan sosok tubuh arwah emaknya tersenyum dalam video sebagai pengganti.

"Ukhwah kalian sangat kuat"

Bagi yang sentiasa mengikuti video Aisyah, pasti tahu keakraban 12 orang adik beradiknya yang sering menjadi inspirasi kepada orang ramai kerana sentiasa sepakat dan bertolak ansur.

"Tengok pun rasa bahagia"

Malah, video terbaharu ini juga secara tak sedar telah membuatkan rata-ratanya menitiskan air mata seolah-olah memahami perasaan mereka.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen