Pengantin kecewa inai tangan tak menjadi, nasib baik ada suami berbakat seni

Oleh: Zuzu Yasmine

Bakal raja sehari pastinya akan berdepan dengan pelbagai dugaan yang tidak terjaga. Ada yang diuji dalam hubungan malah ada juga yang diuji akan persiapan perkahwinan.

Itulah yang dilalui bakal pengantin ini apabila kecewa kerana inai berwarna putih yang dibelinya tidak menjadi.

Inai tak menjadi lagi 4 jam bersanding.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @izzatulsafiah berkongsi saat cemasnya apabila inai tangan tidak menjadi lagi empat jam sebelum bersanding.

Menurutnya, inai putih yang dibelinya tidak lekat pada tangan membuatnya risau bagaimanapun dia bernasib baik mempunyai suami yang bertangan seni.

Tidak pasti suaminya dapat kemahiran tersebut dari mana, namun dia berpuas hati akan hasilnya malah memuji bahawa ia cantik dan kemas.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan warganet di ruangan komen. Rata-rata mereka berpendapat bahawa inai putih sememangnya agak sukar lekat malah memuji akan kemahiran suaminya.

Inai putih tak sama macam merah

Ni kenangan paling best

Nasib baik inai je tak jadi

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen