Gara2 nak ambil kad ATM yang 'ditelan', lelaki dipukul hingga meninggal dunia

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini tular satu kes 'mengopak' masin ATM yang melibatkan seorang lelaki, dipercayai hanya ingin mengambil kad ATM nya yang 'ditelan'.

Susulan kes itu, lelaki tersebut difahamkan telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Keluarga cakap ada penyakit mental

Namun begitu, keluar satu kenyataan dari salah seorang ahli keluarga suspek mengatakan lelaki tersebut menghidap penyakit mental hingga mendorong dia melakukan sesuatu tanpa fikir panjang.

Meninggal dunia kerana dipukul pihak polis 

Terbaru, lelaki yang dikenali sebagai Salahuddin ini rupanya telah dipukul oleh pihak polis di penjara tempat dia ditahan hingga meninggal dunia.

Satu video sedutan temu bual menunjukkan Salahuddin bertanya kepada pihak berkuasa adakah dia akan dipukul jika dia berkata benar namun pengakhirannya dia tetap dipukul malah meninggal dunia, buat ramai sebak dan bengang dengan kejadian yang menimpanya.

"Dia kopakkan ATM bukan nak curi duit, cuma nak ambik kad ATM..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen berasa sayu dan hiba mengenangkan pengakhiran Salahuddin yang hanya berniat untuk mengambikad ATM miliknya tanpa langsung mencuri duit di ATM yang telah dikopakkannya.

Kejadian yang berlaku di Pakistan ini menyebabkan orang ramai berang dengan tindakan pihak berkuasa yang ama sekali tidak menghiraukan bukti CCTV sebaliknya terus menjalankan hukuman sendiri tanpa belas ihsan.

"Ingatkan bergurau, rupanya meninggal..."

"Baik takyah ada CCTV, terang2 dia tak ambik duit..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen