"Jodoh tak ke mana."- 10 tahun berpisah, wanita 'bersatu' semula dengan 'ex' BF zaman sekolah

Oleh: Shasha Zack

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walau terpisah beribu batu sekalipun, jika tertulis memang jodoh, maka lambat laun psti akan bersatu jua.

Begitulah kisah cinta seorang ibu tunggal anak tiga yang diceraikan suami, akhirnya berjodoh kembali dengan bekas kekasih sejak zaman sekolah.

"Ramai yang cakap, jodoh kedua yg terbaik..."

Perkongsian @ayralee menarik pehatian ramai apabila dia menerima kembali bekas kekasihnya yang telah terpisah sejak tahun 2010 yang lalu, zaman mereka bercinta 'monyet'.

Siapa sangka, bekas kekasihnya itu ternyata masih belum berkahwin kerana 'menanti' wanita pujaannya dan berhasrat untuk hidup bersama hingga rela hidup membujang.

"2020 dia datang balik, susah senang sama2, kini dia halalkan aku..."

Akhirnya setelah 2 tahun menjalin cinta, lelaki tersebut melamar ayralee untuk dijadikan isteri dan berjanji setia hingga hujung nyawa. 

Percaya setelah hujan datangnya pelangi, wanita ini tidak menyesal malah akui hidupnya kini bahagia bersama suami tercinta kerana sikap suami yang sering berusaha untuk membuat dia dan anak-anak bahagia.

Pandai ambil hati anak2, terima seadanya

Dikurniakan tiga anak perempuan comel hasil perkahwinan terdahulu, wanita ini bersyukur suami kini menerima diri dan 'pakej' dengan seadanya malahan menyayangi mereka seperti anak sendiri.

Netizen doakan kebahagiaan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen