Di Sarawak, ulat sagu merupakan juadah yang biasa di makan, malahan menjadi pilihan ramai yang menggemari keunikan rasanya.
Namun begitu, tidak semua 'berani' untuk menelan dan makan makanan tersebut kerana nama 'ulat' itu sendiri sudah cukup buat ramai kembang tekak.
Relaks je dia makan hidup2
Lain pula halnya dengan seorang gadis, @dsdellllll yang tular videonya, sedang mengunyah dan menelan ulat sagu tersebut secara hidup-hidup.
Rupanya memang makanan favourite
Melihat dari posting yang lalu, ternyata gadis ini memang menggemari ulat sagu dan menganggapnya sebagai 'snek' selain pembuka selera sebelum menjamah sesuatu makanan.
Dulu cuba2 je, sekali tersuka
Difahamkan, gadis ini pada mulanya hanya sekadar 'cuba'cuba' memandangkan orang sekeliling mencadangkan dia untuk merasai rasanya yang unik dan berlemak.
Namun, setelah mencuba, gadis ini menyedari ternyata dia menyukai ulat sagu ini dan mula memakannya dan menjadikan ianya sebagai salah satu kegemarannya.
"Aku tetap pilih ayam."
Tinjauan ke ruangan komen mendpati rata-rata netizen meluahkan rasa 'tidak sanggup' untuk menelan dan makan uat sagu ini dan lebih rela memilih makanan yang biasa dimakan.
Malahan, ramai juga netizen yang menyatakan keraguan dari status halal ulat sagu ini.
"Halal ke..."
"Mesti dia ni bukan orang..."
Tinggalkan Komen