Dituduh tak bagi 'second chance', isteri dedah 'belang' suami curang & kaki pukul

Oleh: Shasha Zack

Siapa saja yang inginkan hubungan perkahwinan diakhiri dengan penceraian? Namun jika itu jalan yang terbaik, pastinya salah seorang harus membuat keputusan yang tepat demi hidup yang lebih bahagia.

Itulah badai yang melanda sebuah perkahwinan seorang wanita, yang mendapati suami bermain kayu tiga di belakangnya.

"Dia pernah pukul saya sampai rasa nak bunuh diri..."

Perkongsian @ctkrmh membuka mata netizen yang sebelum ini menyelar tindakannya, yang tidak setuju untuk menerima kembali suami dalam perkahwinan mereka.

Tertekan dengan tanggapan dan tuduhan orang ramai, wanita ini mendedahkan kisah sebenar di mana suaminya kerap memukul dirinya hingga dia pernah berniat untuk membunuh diri dek kerana tidak tahan dengan keganasan yang diterima.

"Belum cerai, siap peluk cium perempuan lain..."

Malahan, sikap suaminya yang berlaku curang di belakangnya hingga sanggup memuat naik video dia 'bermesra' dengan perempuan lain di sosial media, meskipun pada masa tersebut mereka masih lagi suami isteri.

"Aku nak ambik barang, kau buat taktahu padehal anak demam..."

Sehubungan dengan itu, wanita ini pernah bercerita dia menunggu suaminya untuk mengambil sesuatu barang seperti yang dijanjikan, namun lelaki tersebut langsung tak muncul walhal telah diberitahu anak mereka demam panas.

"Jangan bagi peluang, sekali curang selamanya dia curang..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen menyokong tindakan wanita ini yang tidak langsung bersama semula dengan bekas suami yang mempunyai sikap buruk dan sangat mementingkan diri.

Malahan ada yang menegaskan wanita ini layak bahagia dan harus bangkit meneruskan hidup demi anak tersayang.

"Please jangan bagi nasihat demi anak, sila ke court untuk tengok sendiri..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen