'Phone' tertinggal atas kereta, netizen puji lelaki tolong pulang pada 'owner'

Oleh: Shasha Zack

Kadang kala, kebaikan yang kita lakukan boleh jadi asbab seseorang itu tersenyum dan terselamat dari sebarang pembaziran wang.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang ternampak sebuah telefon bimbit 'tertinggal' di atas sebuah kereta, lalu dia memulangkan semula kepada pemiliknya.

"Alhamdulillah masih ada rezeki owner..."

Perkongsian Muhammad Danial di Tiktok mendpat pujian ramai apabila dia dengan jujur telah memulangkan sebuah telefon bimbit yang tersadai di atas kereta, dipercayai lupa diambil oleh 'owner'.

 

Video tersebut menunjukkan kereta jenis Proton Saga tersebut yang berhenti di lampu isyarat membuatkan Danial sempat untuk turun dan mengetuk pintu pemandu untuk memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Mulianya hati kamu..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen kagum dengan kejujuran lelaki ini yang sama sekali tidak mengambil kesempatan atas kelebihan yang ada di depan mata.

Malahan ramai yang mendoakan agar urusan Danial dan dimudahkan dan berpesan untuk kekal berbuat baik sesama manusia.

"Semoga dipermudahkan urusan bang..."

"Tindakan terbaik tu."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen