Sayu nyanyi lagu buat sahabat di majlis kahwin, pengantin menangis terharu kenang masa bersama

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila mendengar perkhabaran gembira perkahwinan sahabat baik sendiri pastinya membuatkan seseorang itu turut tumpang rasa seronok melihat kebahagiaan buat rakannya itu. Namun, tidak dinafikan dalam masa yang sama tentu turut merasai perasaan sedih dalam diri.

Mana tidaknya, selepas ini masing-masing akan sibuk dengan keluarga sendiri pastinya agak sukar untuk bertemu seperti dahulu.

Sebak member baik dah kahwin.

Seperti itulah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @ayieqlahh apabila berkongsi momen sebak dua sahabat baik.

Dalam video berdurasi 33 saat itu memaparkan seorang gadis memakai baju berona biru sedang menyanyikan lagu bertajuk ‘Sahabat Tak Akan Pergi’ yang dinyanyikan oleh Betrand Peto Putra Onsu dan Anneth Delliecia.

Menerusi video tersebut, dapat didengari suara gadis berkenaan seakan sebak malah nyanyian tersebut disambung oleh pengantin perempuan yang juga kedengaran sebaknya.

Tidak dapat menyambung nyanyian, dua sahabat baik itu dilihat saling berpelukan bersama air mata menemani mereka berdua.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sebak melihat persahabatan mereka. Malah, segelintir mereka turut memahami akan perasaan tersebut apabila sahabat baik mereka berkahwin.

Menangis bila kawan kahwin

Seronok ada kawan baik ni

Moga persahabatan diaorang kekal

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen