KJ arah kompaun ‘geng’ sendiri, netizen pula tertanya jumlah bayaran bakal dikenakan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular akan ciapan tweet Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan Bendahari Agong Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Pengerusi Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran dikenakan kompaun ketika majlis pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar, Johor.

Difahamkan, kompaun itu dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berkumpul.

"Saya mengarahkan pegawai @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342. @KKMPutrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor," katanya menerusi akaun rasmi Twitternya.

Bagaimanapun, ciapan tersebut menjadi perhatian ramai yang mana rata-rata berteka teki akan jumlah kompaun yang bakal dikenakan oleh orang ternama tersebut. Malah mereka turut membandingkan jumlah kompaun yang dikenakan pada rakyat biasa.

Mesti denda celah gigi

Rakyat biasa ada RM10K

Kompaun dia orang boleh bayar

Memalukan

Penganjur tak kena saman?

Sebelum ini, Khairy mengesahkan PRN Johor boleh diteruskan walaupun Malaysia kini berada dalam gelombang Omicron, dengan bilangan kes positif menunjukkan lonjakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen