“Akhirnya Allah bagi juga...” -Pernah dituduh mandul, suami menangis terima kejutan ‘pregnancy test’ dari isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya ingin menimang cahaya mata sebagai penyeri kehidupan serta pengikat kasih sayang antara suami isteri.

Hal yang sama dilalui pasangan YouTubers ini apabila bersabar dengan kata-kata orang yang mempersoalkan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga mereka.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..."

Berkat sabar selama dua tahun, Bella merupakan isteri kepala Alieff Irfan berkongsi khabar gembira pabila dia kini sedang berbadan dua.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya, Bella berkongsi akan perjalanan dirinya sebelum disahkan berbadan dua.

Difahamkan, dia pernah mengalami depression akibat kata-kata orang yang melemparkan pelbagai kata kepadanya sebelum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Malah, dalam video tersebut juga dia sempat membuat kejutan buat suaminya yang dilihat menangis kegembiraan selepas mendapat tahu bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Alhamdulillah, tahniah!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya turut tumpang gembira selain meninggalkan pelbagai nasihat untuk pasangan berkenaan.

 

Tumpang gembira

Jaga baby elok-elok

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen