Kalut nak lari dari ditahan polis, pemandu 4x4 selamba langgar abang posmen sampai tergolek

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular sebuah video yang memaparkan sebuah kenderaan 4x4 sedang cuba melepaskan diri dari ditahan di sekatan pihak berkuasa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh laman Facebook Sukan Star TV – sstv.my memaparkan akan kawasan sesak di sebuah jalan.

Malah, dalam video berberdurasi 15 saat itu memaparkan beberapa anggota polis sedang mengejar dan cuba menahan sebuah kenderaan 4x4.

Bagaimanapun, tindakan berani pemandu tersebut yang ingin meloloskan diri telah mengakibatkan seorang abang posmen terlibat dalam kemalangan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaki di Jalan Tanjung Lipat, Kota Kinabalu Sabah namun, tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian berkenaan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet di ruangan komen. Malah, mereka berpendapat bahawa penjenayah seperti ini patut dihukum berat selain bimbang ramai lagi seperti ini.

Patut beri anggota bawa senjata api

Bahaya penjenayah macam ni

Moga abang posmen tak ada apa

Penjenayah dah ditangkap?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen