"Saya lumpuh, nanti video cantik ke?" - Rendah diri dengan kekurangan diri, 'photographer' tunaikan impian pengantin jadi realtiti

Oleh: Shasha Zack

Impian setiap pasangan yang menjadi raja sehari adalah mempunyai gambar yang cantik dan menarik sebagai kenangan serta memori indah yang tak akan dilupakan.

Tidak terkecuali pasangan ini, yang sangat mendambakan gambar yang cantik, namun merasa rendah diri dengan kekurangan dirinya.

"Bang saya lumpuh, mesti takde posing yang cantik kan..."

Begitulah yang diperkatakan oleh seorang wanita yang merasa rendah diri atas keadaan dirinya yang lumpuh dan berkerusi roda. Wanita tersebut merasa tidak yakin bahawa akan ada gambar yang cantik bakal terhasil akibat dirinya yang tidak mampu untuk berdiri.

Pantang menyerah, wanita ini bersyukur mendapat jurufoto yang sangat profesional kerana tanggapan buruknya berlalu pergi ketika hasil gambar dan video yang dihasilkan oleh jurufoto tersebut ternyata sangat indah malah penuh 'jiwa' hingga mengundang air mata.

"This kind of photographer jadikan impian client kenyataan..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan hasil gambar dan video yang dihasilkan oleh jurufoto ini hingga buat ramai yang sebak sewaktu menonton. 

Dalam pada itu, ramai yang turut memuji kesetiaan pengantin yang sudi menerima kekurangan pasangan dan mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga syurga.

"Terima kasih bang bahagiakan akak tu..."

"Sumpah cantik & terasa menusuk ke jiwa..."

"Cinta sejati, moga kekal hingga syurga..."

"Terharu dapat orang yang boleh terima kita.."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen