Dapat 'notification' CCTV, wanita terkejut 'guard' pecah masuk rumah buat perkara tak senonoh

Oleh: Shasha Zack

Kadangkala, hidup dalam sebuah kawasan rumah yang nampak 'selamat' hanya indah khabar dari rupa. 

Itulah yang menimpa seorang wanita, apabila rumah yang lengkap dengan sistem kawalan keselamatan selama 24 jam akhirnya dipecah masuk oleh pengawal keselamatan rumah itu sendiri.

"Nampak lelaki tu macam kenal sangat. Oh no guard rumah sendiri!.."

Menerusi perkongsian Yuyun Nissa di Facebook, dia memuat naik beberapa video rakaman CCTV dari rumahnya yang menunjukkan kejadian pecah masuk di samping peringatan untuk orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak cepat percaya pada orang.

Kejadian yang berlaku pada jam 12.14 pagi tersebut membuatkan  Yuyun meremang bulu roma apabila tiba-tiba muncul notifikasi CCTV memberitahu ada pergerakan berlaku di rumahnya.

Setelah diamati, Yuyun terkejut apabila melihat susuk tubuh pengawal keselamatan yang dipercayai telah memasuki rumahnya dengan kegiatan tak senonoh, siap membuka baju dan seluar.

"Rumah semua kunci tak tahu macam mana dia masuk, CCTV detect kat ruang tamu je.."

Ujar Yuyun, dia hairan bagaimana 'guard' licik ini boleh memasuki rumahnya sedangkan semua pintu berkunci. Namun, Yuyun bersyukur kakak dan abang iparnya tinggal berhampiran untuk dia minta pertolongan menjenguk rumahnya ketika itu.

Apabila mereka sampai di rumah, 'guard' tersebut terkejut lalu dengan kelam kabut berlalu pergi hingga tertinggal uniform nya di atas sofa.

"Terus report polis, esoknya dapat ditahan. Polis bagitahu dia ada kes dadah..."

Setelah laporan dibuat, keesokan harinya pengawal keselamatan tersebut akhirnya ditangkap dan polis mengesahkan ternyata dia pernah terlibat dengan kes dadah. Pihak polis tidak menafikan bahawa 'guard' tersebut mempunyai niat lain selain mencuri dan kini motif sebenar masih lagi dalam siasatan.

Posting penuh:

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen