Lupa diri Raja Sehari, pengantin tak sedar suami di 'sailing' BFF sendiri ketika sibuk layan tetamu

Oleh: Shasha Zack

Pasangan raja sehari tentunya individu yang paling sibuk ketika berlangsungnya majlis perkahwinan di samping sibuk melayan tetamu yang hadir. 

Begirulah 'kesibukan' yang dialami oleh seorang pengantin perempuan, hingga dia 'terlupa' pada suami sendiri dan meninggalkan pelamin indah mereka.

Pengantin perempuan sibuk layan member..."

Perkongsian @ainazamz di Tiktok meraih perhatian ramai dia menunjukkan gelagat 'BFF' pengantin perempuan yang duduk di sebalah pengantin lelaki di atas pelamin. 

Difahamkan, kerana terlampau sibuk melayan tetamu, pengantin perempuan langsung tidak sedar usikan rakannya yang sengaja duduk di situ umpama 'mengambil' suaminya.

Ketika dia menyedari usikan tersebut, dia lantas menghalau BFF nya dan akhirnya mereka tergelak bersama sambil berpelukan.

"Time berarak pon dia tinggal suami dia..."

Susulan video tersebut yang tular, satu lagi video dimuat naik bagi menunjukkan sikap pengantin perempuan yang mencuit hati ramai apabila dia tanpa sengaja telah berjalan meninggalkan suaminya di belakang kerana terlampau teruja untuk naik ke pelamin.

"Sporting gila wife dia..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati sebahagian netizen terhibur melihat perkongsian ini di samping kagum melihat sikap pengantin perempuna yang sporting dan tidak cemburu ketika kejadian 'sailang' berlaku di atas pelamin.

Namun begitu, ramai juga yang mengecam tindakan BFF tersebut yang disifatkan mengambil kesempatan dalam kesempitan dikala rakannya sedang sibuk melayan tetamu.

"Sailang waktu sanding terus."

"Bukan kaleng2..."

"Mentang2 member tengah sibuk nak masuk tengah..."

"Lawak ..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen