Kehilangan insan bernama Ayah sememangnya sesuatu mimpi ngeri yang tidak ingin dialami oleh sesiapa pon.
Lebih lebih lagi jika hubungan bersama ayah sangat rapat, buat apa sahaja bersama ayah, pasti kesan pemergian bapa tercinta sangat menusuk hati dan menikam perasaan.
"Seperti mimpi yang sangat buruk."
Begitulah yang dirasai oleh @yua_set apabila kehilangan ayah tersayang sebelum sempat mereka menyiapkan 'permintaan' nya, namun Allah lebih dulu menjemput bapa tercinta.
Perkongsian gadis ini mendapat perhatian ramai yang sebak dengan kisah di sebalik video yang dimuat naik. Ternyata, permintaannya untuk menghasilkan sebuah rak dalam urusan 'business' nya di Tiktok merupakan permintaan terakhir sebelum ayahnya 'pergi'.
Hanya siap separuh jalan, tiba-tiba ayahnya diserang penyakit kronik dan terlantar selama beberapa hari sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
"Al fatihah."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak atas kehilangan gadis ini. Dalam pada itu, ramai yang menitipkan doa dan menghadiahkan bacaan Al Fatihah buat roh ayah gadis tersebut selain memberi kata semangat agar gadis ini sentiasa kuat menempuh dugaan.
Tinggalkan Komen