Padah suka ‘parking’ depan rumah orang, suami isteri bantu jiran jual kereta murah-murah

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup berjiran ini sememangnya perlu bertolak ansur bagai memastikan hubungan yang lebih harmoni.

Mana tidaknya, jika sesuatu berlaku dapatlah saling menghulurkan bantuan serta meringankan beban antara satu sama lain. Namun, kadang kala agak sukar mencari jiran yang sefahaman dan memahami ini.

Padah ‘parking’ kereta depan rumah jiran.

Menerusi satu perkongsian daripada pengguna TikTok dikenali sebagai @queen_mekarsari88, dia telah berkongsi akan sebuah kereta dipercayai milik jirannya yang kerap meletakkan kenderaan tersebut di depan rumahnya.

Geram akan perkara tersebut, dia telah meletakkan satu tanda harga bagi menunjukkan kenderaan berkenaan untuk dijual dengan harga yang murah.

'Owner' tukar fikiran.

Dalam video yang lain pula, @queen_mekarsari88 memaklumkan bahawa pemilik kenderaan tersebut telah berubah fikiran membuatnya tidak meletakkan kereta di kawasan itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berpuas hati melihat tindakan suami isteri berkenaan terhadap jirannya itu. Malah, ada juga yang mengambil perkara tersebut sebagai idea bagi mengatasi masalah yang sama.

Tak serik tak tahu la

Hadap benda yang sama

Boleh cuba ni

Tumpang puas hati

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen